Ibadat Haji 1434H

View previous topic View next topic Go down

Ibadat Haji 1434H

Post by Admin on 2013-02-05, 03:13

Assalamualaikum wrt wbkt,

Harap maklum, pendaftaran haji secara online dengan Sekretariat Haji Malaysia di Qatar untuk musim Haji 1434H telah ditutup.


Khairil
Pengerusi, Sekretariat Haji Malaysia di Qatar.

***********************************************************************

Ibadat Haji tahun ini dijangkakan akan bermula dari 13-18 Oktober 2013, insya-Allah, dengan tarikh perjalanan ke Mekah dijangkakan pada minggu pertama Oktober 2013.

AJK Sekretariat Haji Malaysia-Qatar adalah seperti berikut:

1. Hj Jamal M Sulaiman, 66794241
2. Hj Syed Mohd Faisal Al-Qadri, 66599325
3. Hj Yusmizar Yob, 55400642
4. Hj Ahmad Hasnan Mohd Zaki, 66816628
5. Hj Khairul Annuar Zainal, 55863516
6. Hj Abdul Wafi Abdullah, 33514138
7. Hj Azwira Abdul Wahab, 77617666
8. Hj Mohd Zahed Baba, 55517138
9. Hj Noor Hisham Abdul, 55634435
10. Ustaz Hj Mohamad Salman Ali, 33135431
11. Khairil Anuar Zainal, 55899273


Taklimat Haji pertama akan diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2013, insya-Allah.  Program motivasi dan manasik haji akan dimulakan pada 22 Mac 2013, insya-Allah.  Maklumat lanjut akan diumumkan sebelum 1 Mac 2013, insya-Allah.

Ingin saya nyatakan di sini kepada rakan-rakan yang masih dalam pertimbangan samada untuk menunaikan haji pada tahun ini atau ingin menangguhkannya ke tahun yang akan datang, sebaik-baiknya, sudah mula menanamkan niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Insya-Allah, berkat doa dan usaha dari tuan/puan, Allah SWT akan memakbulkan niat rakan-rakan untuk menjadi tetamu istimewaNya semasa musim Haji pada tahun ini, insya-Allah.

Keutamaan diberikan kepada jemaah yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas.

Pendaftaran online dengan Sekretariat Haji akan dibuka sebelum Mac 2013, insya-Allah.

Bakal2 jemaah boleh menyerahkan dokumen2 seperti diatas kepada mana2 AJK Sekretariat.

Wassalam.
Khairil Anuar Zainal
Sekretariat Haji Malaysia-Qatar

Admin
Admin

Number of posts : 29
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://malaysians-qatar.topicboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum