Embassy Malaysia, Doha

View previous topic View next topic Go down

Embassy Malaysia, Doha

Post by Admin on 2012-12-31, 18:30

Kepada : Semua Warganegara Malaysia Di Qatar

Per: Kemudahan Mengundi Secara Pos Kepada Warganegara Malaysia Di Luar Negara

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah memaklumkan bahawa semua warganegara Malaysia di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi dan ingin mendaftar sebagai pengundi pos perlu mengisi borang 1B yang boleh dimuat turun dari halaman web SPR (www.spr.gov.my). Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar terus kepada SPR melalui salah satu cara seperti berikut:-

Emel : upup@spr.gov.my

Fax : +603-8881 1201 /1202 /1187

Pos : Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
MALAYSIA
(Attn: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

3. Anda juga boleh melihat syarat kelayakan permohonan sebagai pengundi pos di laman web SPR. Permohonan untuk mengundi secara pos ini diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.


Sekian, terima kasih.


KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
DOHA

Tarikh: 22 Januari 2013

TEL : (974) 44836463
FAX : (974) 44836453

Admin
Admin

Number of posts : 29
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://malaysians-qatar.topicboard.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum