Umrah bersama MAQ - Februari 2012

View previous topic View next topic Go down

Umrah bersama MAQ - Februari 2012

Post by silver16v on 2011-12-19, 14:57

Assallamualaikum Para Muslimin & Muslimat,

InsyaAllah, MAQ dengan kerjasama Sekretariat Umrah yang diketuai oleh Tuan Haji Mansor akan menganjurkan perjalanan Umrah & Ziarah pada bulan Februari 2012. Perjalanan ini adalah dengan menaiki BAS.

Jadual ringkas perjalanan adalah seperti berikut :

Tarikh/Program

15 Feb 2012/Mula perjalanan Doha Madinah

16-19 Feb 2012/Madinah

19-24 Feb 2012/Mekah

24 Feb 2012/Mula perjalanan Mekah Doha

25 Feb 2012/Tiba di Doha

Perkhidmatan yang disediakan untuk para jemaah yang mengikuti perjalanan dengan menaiki bas :

bimbingan / menasik umrah (jadual akan diumumkan)
Pendaftaran & permohonan visa umrah
Tempahan bas (Umrah serta Ziarah)
Tempahan hotel
Tempahan makanan (Madinah sahaja).

Nota-nota :

Anggaran harga visa ialah QR180-200 bagi setiap passport
Harga sewa hotel di Madinah & Mekah akan diumumkan
Anggaran harga catering makan ala buffet ialah SAR35-40.00/hari
Anggaran harga sewa bas ialah QR14,000 (Mercedes Benz Travego VIP 49 tempat duduk)
Anggaran harga sewa bas ialah QR17,000 (Mercedes Benz Travego VIP 28 tempat duduk).

Pendaftaran akan dibuka bermula 6 Januari 2012 dengan menyerahkan dokumen-dokumen di bawah :

Pasport asal atau salinan
2 keping gambar berukuran pasport (latar belakang putih)
Bayaran visa umrah

Tarikh akhir penyerahan dokumen ialah 31 Januari 2012.


Bagi ahli keluarga yang datang dengan VISIT VISA dan ingin mendaftar untuk ibadah umrah, Sila harap ambil perhatian:

1. Permohonan visa boleh dibuat dengan mengemukakan salinan passport

2. Jemaah perlu berada di Qatar 7 hari sebelum tarikh perjalanan. Pada masa ini, pasport asal perlu diserahkan ke Kedutaan Saudi untuk tujuan visa.

Bagi jemaah yang akan memandu kenderaan sendiri atau menaiki kapalterbang, pihak Sekretariat bersedia membantu untuk memohon visa umrah sahaja.

Semua bakal jemaah juga dijemput untuk hadir ke kelas-kelas Bimbingan / Menasik Umrah yang akan dianjurkan.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila emel ke umrah@malqatar.com atau telefon Tuan Haji Mansor (55176875).

Jawatankuasa MAQ 2011/2012
b/p Sekretariat Umrah


[Click here to download attachments]

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum