MAQ Grand Iftar bersama MOI & Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation(Sabtu - 6 Ogos 2011)

View previous topic View next topic Go down

MAQ Grand Iftar bersama MOI & Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation(Sabtu - 6 Ogos 2011)

Post by asyraf on 2011-08-03, 08:30

Dari meja MAQ..........

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli MAQ dan rakyat Malaysia di Qatar,
Program Iftar ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta keluarga samada beragama Islam ataupun bukan beragama Islam.
MAQ dengan segala hormatnya menjemput SEMUA WARGA MALAYSIA di Qatar untuk menghadiri program di atas. Program ini adalah program tahunan (sempena Ramadhan) yang dianjurkan oleh "Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation" dengan kerjasama Ministry of Interior (MOI) Qatar yang mana mereka akan meraikan komuniti dari pelbagai negara di Qatar termasuk Malaysia. Tempat dan makanan (iftar) adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak "Foundation".
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sedikit perubahan pada tarikh program. Program akan diadakan pada hari SABTU, 6 Ogos 2011.

Butiran program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 6 Ogos 2011 / 6 Ramadhan 1432H (Sabtu)
Tempat :Tariq Bin Ziyad School, New Salata
Kordinat GPS : 2515'35"N 5130'32"E

Aturcara Majlis
5.30-6.15 petang : Kehadiran para tetamu
6.00 petang : Ketibaan Duta Besar Malaysia
6.20 petang : Iftar diikuti Solat Maghrib
6.45 petang : Jamuan Makan
7.30 malam : Taklimat oleh MOI Qatar & Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation
7.55 malam : Tetamu bukan Islam meninggalkan majlis
8.00 malam : Solat Isyak & Terawih
8.45 malam : Ceramah oleh Penceramah Jemputan Khas dari Malaysia
10.30 malam : Bersurai

InsyaAllah, Penceramah Jemputan khas yang dibawa dari Malaysia akan bersama kita pada kali ini, iaituYBhg Dato' Dr Johari Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [Biodata beliau dilampirkan]
Harap dapat nyatakan HADIR (berserta jumlah peserta ie dewasa dan kanak-kanak) melalui "RSVP" ke rsvp@malqatar.com selewat-lewatnya 4 Ogos 2011 (Khamis) untuk MAQmembuat persiapan bagi mengelakkan kekurangan atau pembaziran.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke event@malqatar.com atau hubungi urusetia - Saudara Anis Ahmad (66962545) atau Saudara Nuriman (66923772).

Akhir kata, kehadiran Tuan/Puan dan keluarga amatlah diharapkan . Marilah kita manfaatkan peluang ni, di samping kenal-mengenal sesama kita. Juga, harap dapat disebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain.

Terima kasih.

asyraf
Active Member
Active Member

Number of posts : 44
Registration date : 2008-06-11

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum