Malaysian Association of Qatar ANNUAL GRAND IFTAR & CERAMAH

View previous topic View next topic Go down

Malaysian Association of Qatar ANNUAL GRAND IFTAR & CERAMAH

Post by asyraf on 2010-08-15, 11:03

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

MAQ dengan segala hormatnya menjemput Seluruh Warga Malaysia di Qatar untuk menghadiri Program di atas.

Program ini adalah program tahunan (sempena Ramadhan) yang dianjurkan oleh "Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation for Humanitarian Services" dengan kerjasama Ministry of Interior Qatar di mana mereka akan meraikan komuniti Muslim dari pelbagai negara di Qatar termasuk Malaysia. Tempat dan makanan (iftar) akan ditaja sepenuhnya oleh pihak "Foundation".

Perjalanan program seperti di bawah :
5.30 ptg : Kehadiran para tetamu
6.10 ptg : Iftar diikuti Solat Maghrib (Muslim shj) 6.30 ptg : Jamuan Makan
7.15 mlm : Ceramah dari MOI Qatar
8.00 mlm : Solat Isyak & Terawih (Muslim shj)
8.45 mlm : Ceramah dari Penceramah Jemputan Khas dari Malaysia

Penceramah Jemputan Khas, iaitu Tuan Hj Jamuliddin Elias atau dikenali juga dengan 'Pak Jamal', Insya Allah akan bersama kita pada kali ini.

Pak Jamal, berasal dari Batu Pahat dan sekarang ini menetap di Klang, Selangor. Berumur 47 tahun dan mempunyai 10 orang anak. Seorang Ahli Perniagaan dan merupakan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia. Pak Jamal telah terlibat bersama NGO dan aktiviti kemanusiaan semenjak 1983. Beliau juga terlibat secara terus dalam penubuhan Yayasan Amal pada tahun 2001. Aktiviti Yayasan adalah misi-misi kemanusiaan serantau dan antarabangsa seperti gempa bumi, perang dan apa jua bencana alam.

Pak Jamal telah turut serta dalam pelbagai misi kemanusiaan di 23 buah negara. Yang terbaru adalah ketika bersama NGO (Malaysia dan antarabangsa) yang lain di Missi Flotilla Mavi Marmara untuk membawa bekalan makanan, perubatan dan kelengkapan ke bumi Gaza dan diserang oleh pengganas Israel. Beliau akan berkongsi pengalaman yang beliau tempuhi ketika missi tersebut bersama kita semua. Juga, penderitaan rakyat Palestin dalam memperjuang dan mempertahankan tanahair mereka yang harus kita fahami bersama.

Harap dapat disebarkan ke rakan-rakan kita yang lain.

asyraf
Active Member
Active Member

Number of posts : 44
Registration date : 2008-06-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Malaysian Association of Qatar ANNUAL GRAND IFTAR & CERAMAH

Post by Chian on 2010-08-15, 12:04

Thanx for war-warkan, Asyraf. Mearik juga ni nanti untuk mendapat maklumat dan cerita secara terus dari orang yang berada di dalam kapal tu sendiri.

Chian

Chian
Active Member
Active Member

Number of posts : 551
Registration date : 2009-04-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Malaysian Association of Qatar ANNUAL GRAND IFTAR & CERAMAH

Post by asyraf on 2010-08-17, 07:31

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Maklumat tambahan untuk program MAQ Grand Iftar:

InsyaAllah, Dr Bilal Philips juga akan hadir untuk bersama kita dalam program itu nanti dan akan menyampaikan ceramah beliau.

Kepada sesiapa yang belum "RSVP" kehadiran, sekali lagi kami memohon kerjasama Tuan/Puan untuk berbuat demikian pada kadar segera. Sila e-melkan pengesahan Tuan/Puan ke event@malqatar.com. Ini adalah untuk tujuan persediaan makanan dan ruangan tempat duduk program.

Koordinat : 25 15 32.77N; 51 31 14.64E

asyraf
Active Member
Active Member

Number of posts : 44
Registration date : 2008-06-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Malaysian Association of Qatar ANNUAL GRAND IFTAR & CERAMAH

Post by asyraf on 2010-08-19, 09:06

FYI


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Terdapat sedikit perubahan pada program kita pada hari ini. Agenda seperti di bawah :

5.00 petang : Kehadiran tetamu
5.30 petang : Ceramah dari Dr Bilal Philips
6.08 petang : Iftar diikuti Solat Maghrib 6.30 petang : Taklimat oleh MOI Qatar 7.30 malam : Jamuan Makan 8.00 malam : Solat Isyak & Terawih
8.45 malam : Ceramah oleh Penceramah Jemputan Khas dari Malaysia

Harap ambil perhatian perubahan waktu, di mana Dr Bilal Philips akan menyampaikan ceramahnya pada jam 5.30 petang.

Kami mohon agar semua dapat hadir tepat pada masanya bagi memastikan kelancaran program.

Maaf atas pindaan saat akhir ini. Harap dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Terima kasih. Wassalam.

Jawatankuasa MAQ 2010/11



Event by Malaysian Association of Qatar 2010/2011

asyraf
Active Member
Active Member

Number of posts : 44
Registration date : 2008-06-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Malaysian Association of Qatar ANNUAL GRAND IFTAR & CERAMAH

Post by Sponsored content Today at 15:44


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum