Amalan bersedekah

View previous topic View next topic Go down

Amalan bersedekah

Post by kutu_beramboi on 2010-03-01, 10:52

Amalan bersedekah merupakan perbuatan yang terpuji di sisiIslam. Semenjak awal kedatangan Islam lagi Rasulullah s.a.w dan para sahabat menjadikan sedekah sebagai satu amalan terutamanya sahabat-sahabat yang kaya seperti Abdul Rahman ‘Auf, Saidina Abu Bakar As Sidiq, Saidatina Khadijah dan lain-lain lagi. Ke- kuatan iman yang ada pada mereka menyebabkan jiwa sentiasa menghendaki amalan bersedekah. Hadis Rasulullah yang diriwayat-kan daripada Muslim bermaksud :

“Daripada Abi Zar r.a, bahawasanya segolongan manusia
dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada baginda:
Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (kaya)
telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami).
Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan
mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah
dengan kelebihan harta mereka.Berkata Rasulullah: Bukankah
Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk bersedekah?
Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan
tiap-tiap takbir itu sedekah, dan setiap tahlil itu
sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah, dan
melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan
daripada kamu itu sedekah…ke akhir hadis…”

(dipetik dari kitab Hadis 40: Hadis ke 25)

Secara amnya Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa amalan bersedekah itu tidak khusus kepada harta sahaja, bahkan ia meliputi amal ibadah manusia di muka bumi ini. Namun begitu apabila kita berbincang tentang sedekah harta di kalangan kita sebagai umat Islam, amat mendukacitakan. Pendek kata ada se-gelintir ‘orang kita’ yang susah menghulurkan derma walaupun mempunyai kemampuan.
Di kota metropolitan Kuala Lumpur, jika kita perhatikan terutamanya di gerai-gerai makan pasti akan ada mereka yang mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai, malahan ada di antara mereka yang cacat penglihatan seperti buta dan sebagai-nya. Akan tetapi kerana sikap individualistik yang tertanam pada sesetengah ‘orang kita’ yang langsung tidak memperdulikan kedatangan mereka ini, apatah lagi jika si penagih simpati itu yang buta, sekurang-kurangnya berilah isyarat tertentu kepada mereka jika tidak mahu menghulurkan walau sepuluh sen sebagai sedekah. Maka berdirilah mereka yang malang itu di sebelah si bakhil yang langsung tidak berperi kemanusiaan.

Lantaran itu, cuba renungi peringatan ini agar menjadi pedoman. Janganlah kita terlalu bersifat ananiyah (mementingkan diri sendiri) kerana ia sangat merugikan. Hadis daripada Muslim, diriwayatkan oleh Jabir bermaksud:

“Tiap-tiap kebaikan adalah sedekah.”

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Amalan bersedekah

Post by Wak on 2010-03-01, 13:18

betul Wak setuju....ada sekali kat Bangsar..Wak sedang minum teh tarik..ada 2 orang Mamat main muzik..kat lantai ada tabung untuk penonton menderma...lepas habis main muzik..dalam 30 minit ..depa ambil wang dari tabung tu..dan terus beredar ..menaiki kereta Satria Merah...Wak rasa kereta tu depa punya...

orang minta sedekah pun boleh bawa kereta yang canggih.

Surprised

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Amalan bersedekah

Post by Chian on 2010-03-02, 09:35

Itu bukan peminta sedekah kut Wak. Itu 'pemuzik jalanan'.

Chian
Active Member
Active Member

Number of posts : 551
Registration date : 2009-04-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Amalan bersedekah

Post by fixcxer on 2010-03-02, 10:54

"Apa? Pemuzik? Bukan lawyer, doktor atau enjin nyiur?"

Laughing

Mudah-mudahan rezeki yang kita perolehi diberkati dengan banyak bersedekah. Tak semua orang ada peluang banyak bersedekah...

fixcxer
Active Member
Active Member

Number of posts : 103
Age : 38
Location : Depan PC
Registration date : 2008-08-22

View user profile

Back to top Go down

Re: Amalan bersedekah

Post by Chian on 2010-03-02, 10:58

Setuju ngan Fixcxer coz kadang2 tu, duit walaupun kita cuba jaga dengan penuh berhati-hati, hilang cam tu je. Ada je benda nak kena buat .......... tukar spoiler lah, tayar pancit lah, kena saman lah dan macam2 lagi.

Chian
Active Member
Active Member

Number of posts : 551
Registration date : 2009-04-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Amalan bersedekah

Post by Sponsored content Today at 06:09


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum