Pasukan 1Malaysia kibar cabaran saingan F1 negara musim depan

View previous topic View next topic Go down

Pasukan 1Malaysia kibar cabaran saingan F1 negara musim depan

Post by Wak on 2009-09-16, 10:16

Berita Harian 160909

MUSIM Formula Satu (F1) 2010 bakal menyaksikan kibaran Jalur Gemilang di litar perlumbaan dunia menerusi penyertaan wakil negara - Pasukan F1 1Malaysia, merealisasikan impian kita sejak saingan elit itu mula dianjurkan di Litar Sepang 11 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali, menganggap pengumuman ini tepat pada masa ketika litar ini bakal mengumumkan pelumba negara yang akan beraksi dalam saingan MotoGP di Sepang, Oktober ini.

“Ia menjadi kemuncak pembabitan kita dalam sukan permotoran selepas negara sebelum ini terkenal di seluruh dunia kerana menganjurkan dua perlumbaan terhebat dunia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Razlan berkata, pengumuman itu juga selaras dengan hasrat menjadikan SIC pusat kecemerlangan sukan permotoran serantau selain berharap dapat merealisasikan impian menjadikan litar Sepang sebagai pangkalan utama pasukan Malaysia.

“Berdasarkan pelan awal, semua aspek pembangunan dan kepakaran pasukan Malaysia ini akan ditempatkan di Sepang dalam tempoh dua tahun.

“Selain itu, peranan SIC juga akan bertambah kerana bukan saja menganjurkan perlumbaan tetapi terbabit dalam pembangunan sesebuah pasukan F1,” katanya yang belum dapat mengumumkan butiran lanjut mengenai pembabitan SIC dalam pasukan itu.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, semalam bahawa Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam F1 di Sepang, tahun depan membabitkan pasukan yang dibangunkan dan kendalikan sepenuhnya rakyat tempatan.

Terdahulu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengumumkan Lotus - anak syarikat Proton yang berpangkalan di United Kingdom, menewaskan pencabarnya BMW Sauber bagi menjadi pasukan ke-13 di grid perlumbaan F1 tahun depan.

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Pasukan 1Malaysia kibar cabaran saingan F1 negara musim depan

Post by DatukBendahara on 2009-09-18, 19:40

Dah wind tunnel yang Petronas bina kat Switzerland masa dengan Sauber tu nak buat apa?

DatukBendahara
Active Member
Active Member

Number of posts : 124
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum