Berita yg biasa kita dgr musim hari raya : BHarian - Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

View previous topic View next topic Go down

Berita yg biasa kita dgr musim hari raya : BHarian - Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post by silver16v on 2009-09-15, 21:30

Source : Berita Harian 15092009

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

ALOR SETAR: seorang remaja berusia 15 tahun putus pergelangan tangan kirinya apabila mercun bola yang dikutipnya meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Teloi Tua, Sik petang semalam.

Berikutan kejadian sebelum waktu berbuka itu, Mohd Luqman Abidin, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang, bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa menyalakan mercun yang dibeli di sebuah kedai di kampung itu dan mencampakkannya tetapi mercun itu tidak meletup dan mangsa mengutip semula mercun itu yang kemudiannya meletup ketika berada di tangan kirinya.

Ibu mangsa, Siti Zainab Che Din, 52, berkata selepas mercun itu meletup, Luqman berlari masuk ke dalam rumah dan menunjukkan tangan kirinya yang dipenuhi darah.

"Jiran sebelah rumah kemudiannya bergegas menghantar Luqman ke Hospital Sik," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.

Siti Zainab berkata, Luqman kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana keadaannya yang serius dan doktor yang merawatnya mengesahkan bahagian pergelangan tangan kiri dan jarinya terpaksa dipotong kerana hancur akibat letupan mercun itu.

Katanya, dia sudah melarang anaknya daripada bermain mercun sebelum itu tapi tidak diendahkan oleh anaknya.

"Makcik dah pesan, jangan main mercun tapi dia tetap teruskan juga," katanya. - Bernama

-----------------------------

Mari lar kita didik anak2 kita supaya tidak bermain mercun.. Maybe kerajaan kena buat kempen larangan main mercun.. Tunjukkan gambar2 yg putus jari, hancur tangan supaya anak2 takut sikit bahaya mercun nih.

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Berita yg biasa kita dgr musim hari raya : BHarian - Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post by Wak on 2009-09-16, 08:04

Kenapa la main mercun...dok ngaji buku sekolah ..gi terawih lagi baik..kalau mcm ni dah tak hensem...!!!

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Berita yg biasa kita dgr musim hari raya : BHarian - Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post by silver16v on 2009-09-16, 08:46

Kena mintak pihak hospital compile-kan gambar2 kecederaan akibat main mercun supaya budak2 nih takut sikit tgok dan paham betul2 akibat main mercun nih. Saya sendiri pernah hampir terkena bila anak2 nakal bermain mercun secara tidak sengaja melontar dekat tempat saya berdiri. Cuba bygkan yg xder kena mengena main mercun pun mungkin terkena akibatnya. Byk jugak kes rumah terbakar etc. Pokoknya banyak keburukan main bunga api/mercun nih. Anak2 yg berani sgt tu didik supaya dah besar masuk askar boleh main meriam betul2. cheers

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Berita yg biasa kita dgr musim hari raya : BHarian - Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post by Sponsored content Today at 18:38


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum