Jenayah di Msia

View previous topic View next topic Go down

Jenayah di Msia

Post by rizi the doll on 2009-09-10, 08:32

Pencuri wang tabung masjid ditahan


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tatkala umat Islam sibuk meningkatkan amalan bersedekah di sepanjang bulan Ramadan, dua lelaki bertindak mencuri wang sumbangan dari tabung sebuah masjid di Desa Jaya Kepong, awal pagi ini.

Bagaimanapun, tindakan dua lelaki itu gagal apabila ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang datang untuk membuat persiapan bersahur kira-kira pukul 3 pagi itu menyedari kejadian itu.

"Turut ditahan wang tunai yang berjaya dikeluarkan suspek dari tabung masjid berkenaan bernilai RM7,084," katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Teruk sangatkah keadaan di Malaysia sekarang, sampai sanggup mencuri duit masjid?

Everyday, dok bukak online paper about Malaysia, dan majority cerita pasal peningkatan kadar jenayah.

Kadang-kadang tuu, rasa nak balik pun risau... takut jadi apa2 kat diri kita n keluarga.

Sedih sebab, once upon a time, susah nak dgr benda2 camnie kat akhbar tempatan...

Dulu lain, Sekarang lain...

rizi the doll
Active Member
Active Member

Number of posts : 347
Age : 37
Registration date : 2008-11-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by Wak on 2009-09-10, 08:38

Ye la... kat Malaysia ..banyak crime...mungkin mereka tak takut undang-undang.... masuk lock up ke..penjara ke...sekejap jer...hukuman ringan jer...

Kalau kat Turkmenistan..rakyat mereka takut buat crime..sbb hukuman kat sana tersangat berat... kita patut pelajari dari mereka.

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by ziothman on 2009-09-10, 08:55

....jangan lupa bilangan illegal migrants yang terlalu ramai di Malaysia boleh jadi sebab jenayah meningkat. Bila kena tangkap, lebih lebih pun cuma kena deport balik negeri saja.

ziothman
Newbies
Newbies

Number of posts : 10
Location : Doha
Registration date : 2009-08-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by silver16v on 2009-09-10, 09:23

ziothman wrote:....jangan lupa bilangan illegal migrants yang terlalu ramai di Malaysia boleh jadi sebab jenayah meningkat. Bila kena tangkap, lebih lebih pun cuma kena deport balik negeri saja.

Segelintir penjawat awam seperti polis di Malaysia masih makan rasuah sbg duit pelindungan utk pendatang asing. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri menggaji 4 org pekerja Indonesia, walaupun secara sah polis tetap mengugut pekerja itu dan mereka terpaksa membayar RM50/week. Apatah lagi kalau PTI lagi teruk di cukai oleh segelintir penjawat awam yg tidak amanah ini.

Satu lagi, Malaysia kena ikut system immigration di Qatar & UAE iaitu menggunakan sistem biometric seperti palm print & retina scan. Sbb di indonesia penjenayah yg melarikan diri balik ke Indonesia atau yg dihantar balik boleh dgn mudah mendapatkan identity baru dgn menyogok kantor immigrasi di sana utk masuk semula ke Malaysia dgn mudah.

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by ziothman on 2009-09-10, 12:55

...itulah dia. Harapkan pagar, pagar makan padi ( one of the peribahasa I belajar kat sekolah dulu).

I agree dengan silver16v, memang ramai pekerja awam yang makan rasuah dan ini dah menjadi trend/culture orang kita. Yang sedih tu mereka tidak segan silu bila nak mintak rasuah, siap boleh demand/bargain lagi.

ziothman
Newbies
Newbies

Number of posts : 10
Location : Doha
Registration date : 2009-08-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by mba2009 on 2009-09-10, 14:18

ziothman wrote:....jangan lupa bilangan illegal migrants yang terlalu ramai di Malaysia boleh jadi sebab jenayah meningkat. Bila kena tangkap, lebih lebih pun cuma kena deport balik negeri saja.

Saya rasa itu keje penagih dadah kalau sanggup curi duit mesjid...iaitu orang melayu rakyat malaysia... saya tidak mahu kata itu keje orang indonesia... sebab nenek saya asal medan sudah jadi warga malaysia... dan saya ada ramai sepupu sepapat yang datang legally ke Malaya mengadu di pandang hina.. kerana mereka Indonesia... memang ada Indonesia yang juga merompak... dan ada juga yang berdagang di Malaya ikhlas jujur kerja jadi guru sekolah agama rakyat... buruh dan sebagai nya... dan saya pernah duduk di Pasir Gudang Johor kadar jenayah agak tinggi di sana... kes rompak di laku kan oleh perompak tempatan dan juga orang asing... semasa saya di sana Rukun Tetangga taman kami pernah menangkap kumpulan pecah rumah...warga Malaya

mba2009
Active Member
Active Member

Number of posts : 219
Age : 50
Registration date : 2009-07-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by Chian on 2009-09-10, 18:22

Rasanya dah patut gov enforce pengecaman cap jari/retina macam kat sebelah middle east ni. Logiknya, skrg implementation cost lagi murah sebab dah common benda2 tu semua ..... Made in China pun dah ok skrg. Anyway, kalau ramai yang mark-up kat tengah jalan, jadi mahal la kut.

Chian
Active Member
Active Member

Number of posts : 551
Registration date : 2009-04-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by kutu_beramboi on 2009-09-11, 08:14

rizi the doll wrote:Pencuri wang tabung masjid ditahan


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tatkala umat Islam sibuk meningkatkan amalan bersedekah di sepanjang bulan Ramadan, dua lelaki bertindak mencuri wang sumbangan dari tabung sebuah masjid di Desa Jaya Kepong, awal pagi ini.

Bagaimanapun, tindakan dua lelaki itu gagal apabila ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang datang untuk membuat persiapan bersahur kira-kira pukul 3 pagi itu menyedari kejadian itu.

"Turut ditahan wang tunai yang berjaya dikeluarkan suspek dari tabung masjid berkenaan bernilai RM7,084," katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Teruk sangatkah keadaan di Malaysia sekarang, sampai sanggup mencuri duit masjid?

Everyday, dok bukak online paper about Malaysia, dan majority cerita pasal peningkatan kadar jenayah.

Kadang-kadang tuu, rasa nak balik pun risau... takut jadi apa2 kat diri kita n keluarga.

Sedih sebab, once upon a time, susah nak dgr benda2 camnie kat akhbar tempatan...

Dulu lain, Sekarang lain...

ya allahhhhh.... kat masjid pun nak mencuri ke????
dah tu pulak cuma 7k+ je...
ish ish ish ishhhh....

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by Wak on 2009-09-13, 08:00

Yang mencuri kat Masjid ni..memang terdesak...nasib dia baik..kalau orang kampung ramai-ramai jumpa dia...Wak tak boleh bayang apa akan terjadi.

Apa pun yang dicadang amat baik..biometric scan and etc..bawa lah usul ni ke pihak yang atasan..suruh mereka datang lawat Qatar..tengok sistem kat sini..

Kita mesti ingat, Malaysia bukan untuk kita lagi, Malaysia untuk anak-anak dan cucu-cucu kita. Kalau keadaan sekarang kita rasa tak nyaman, 20-30 tahun lagi la teruk.

Rasuah pun satu..masalah besar negara...bukan tu saja..kalau gi Bintulu, Sarawak..keadaan dah sama macam Qatar ni....banyak gurun..balak ditebang sana sini...ada tempat yang dah tak ada balak, pohon senduduk pun dia tebang.. apala mika ni... pembalakan kat Malaysia..memang never ending business..sebab ia ada kaitan ngan rasuah gak.

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by adam.faizal on 2009-09-13, 09:15

Malaysia ni kalu pasal buat tagline mmg pandai...1malaysia-rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan la..tapi realiti yg kita nampak sebenarnya pemimpin didahulukan,pencapaian mcm 2 gaks

List 2008 world richest country by GDP,Malaysia at rank. 39 with $222.12 billion (up 19%) - tu pun ok dlm gawat la ni. Pastu kalu dlm asian kita rank. 8 selepas japan, china, korean,indian dll.
http://www.worldsrichestcountries.com/

nak ikutkan mmg pelik, kita no.8 dlm asian pun rakyat duk susah barang naik la..cukai sana sni
mana la pi duit tu..ntah2 tu pun x campur royalti petronas byr kat gomen yang berbilion-billion tu

adam.faizal
Newbies
Newbies

Number of posts : 13
Registration date : 2009-07-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by silver16v on 2009-09-13, 09:56

Wak wrote:Apa pun yang dicadang amat baik..biometric scan and etc..bawa lah usul ni ke pihak yang atasan..suruh mereka datang lawat Qatar..tengok sistem kat sini..

Di UAE sistem retina scan mmg efficient.. setiap org pelawat yg melalui immigration counter dari semua pintu masuk UAE (udara/darat) terutama bagi pelawat dari negara2 yg telah dikenalpasti (Malaysian dikecualikan) hendaklah melalui process retina scan. Saya pernah terbaca suratkhbar disana tentang warga Syria yg dihantar pulang ke negara asal atas sebab undang2, kantoi apabila cuba masuk semula dgn menggunakan paspot dgn identiti baru.

Sistem palm print lebih kepada CSI utk jenayah. So Malaysia nih dah tahap bahaya so kena pakai dua2 sistem iaitu Retina Scan (UAE) & palm print scan (Qatar).

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by Wak on 2009-09-14, 10:28

AF : Malaysia ranking No. 8 ?...itu cuma on paper jer tu...Journalist yang war-war kan..fakta-fakta pun belum ada yang reliable untuk kata kita No.8.

Silver : Pasal scan-scan ni, memang perlu. Negara kita kurang selamat, Topic Security and Safety hanyalah bualan kat kedai mamak sambil minum teh tarik berjam-jam sedangkan kes-kes rempit, curi sana-sini, berleluasa.

Sebenarnya, negara kita ni dah jadi tempat longokkan PATI. Tukang impot PATI pun, rakyat kita...sbb depa dapat bayaran. Bila depa dah ramai, depa dan rakyat kita buat kes crime. mekanisme yag ada sekarang untuk tackle crime ni memang tak effektif.

Wak harap scan-scan things ni akan dilaksanakan di negara kita satu hari nanti.

Smile

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by silver16v on 2009-09-15, 07:44

Source : Harian Metro Online

Lagi lelaki Peru ditahan copet
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Berwaspada apabila kerancakan persiapan hari raya Aidilfitri tidak hanya disambut warga tempatan, malah turut diambil kesempatan geng seluk saku dari Amerika Selatan untuk mencari mangsa.

Kumpulan penjenayah terbabit dikatakan licik menjalankan kegiatan mereka dengan menjadikan mangsa di kalangan wanita yang leka membeli-belah sebagai sasaran utama.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 35, berkata dia nyaris menjadi mangsa seluk saku seorang warga Amerika Latin ketika menemani rakan membeli-belah di Semua House berhampiran di Jalan Bunus 6, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 2.15 petang semalam.

“Dalam keadaan berhimpit-himpit, tiba-tiba saya terdengar bunyi jeritan seorang lelaki memberitahu terdapat pencuri di sekitar kawasan berkenaan.

“Susulan itu, saya segera berpaling sebelum mendapati seorang lelaki warga asing berdiri berhampiran dalam keadaan mencurigakan.

“Pada masa sama, seorang lelaki tempatan yang berada tidak jauh dari situ memberitahu ternampak lelaki warga asing terbabit memasukkan tangan ke dalam jaket yang saya pakai ketika itu,” katanya.

Mangsa yang terkejut segera memeriksa poket jaketnya sebelum mendapati dompetnya masih ada.

“Mujur dia tak sempat mencopet dompet saya...jika tidak hangus beratus wang yang mahu digunakan untuk perbelanjaan Aidilfitri.

“Lelaki tempatan yang memberkas suspek itu memberitahu bahawa lelaki warga asing terbabit kerap berkeliaran di kawasan berkenaan untuk mencopet beg duit orang ramai terutamanya wanita,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir.

Menurutnya, jeritan lelaki mengatakan ada pencuri menyebabkan lelaki warga asing terbabit kelam-kabut cuba melarikan diri.

Namun tindakan itu hanya sia-sia kerana lelaki tempatan terbabit bersama empat anggota polis yang meronda berjalan kaki berjaya memberkasnya.

Sehubungan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Bonus sebaik saja suspek diberkas.

Siasatan mendapati, suspek yang berasal dari Peru dan berusia 54 tahun berkenaan pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Kumpulan penjenayah Geng Peru kali terakhir diberkas pada Mei lalu apabila tiga ahli kumpulan terbabit dikesan memiliki pelbagai barang berharga dan peralatan untuk melakukan pecah rumah.

Suspek yang berusia antara 35 hingga 54 tahun dikesan menyimpan pelbagai jenama baju, peralatan elektrik, rantai emas, cincin dan pelbagai baran berharga lain tanpa dapat menjelaskan bagaimana ia diperolehi.

Di samping itu, mereka juga didakwa memiliki satu hidraulik merah, dua batang besi putih, satu jek kenderaan, seutas tali, dua troli, satu plat besi, empat batang kayu dan dua tangki oksigen yang digunakan bagi tujuan pecah rumah.

Berikutan kesalahan itu, suspek dihadapkan ke mahkamah Ampang dia didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336), yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-------------------------

Mcm2 segala penjahat dtg ke Malaysia sekarang nih... Dari segala pelusuk dunia beb..

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by Wak on 2009-09-15, 09:19

mungkin orang luar ingat kita ni mudah untuk depa take advantage... dan negara kita jadi lubuk depa... kalau fikir lama-lama..jadi kronik fikiran ni...

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by tukulkarat on 2009-09-24, 09:22

RAUB: Ketika umat Islam bertakbir dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri, sekumpulan warga Bangladesh mencemari kemuliaan Syawal dengan menganjurkan pesta seks di sebuah rumah kongsi, di Felda Krau 4 dekat sini, pada malam Ahad dan Isnin lalu.

Pesta maksiat membabitkan 19 warga Bangladesh itu dikesan pada malam Isnin lalu apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub menyerbu rumah kongsi itu pada jam 2.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Selain warga Bangladesh berusia 20 hingga 30 tahun yang kebanyakannya pekerja ladang, polis menahan tiga wanita tempatan, termasuk seorang berusia 17 tahun dipercayai pelacur.

Seorang lelaki rakyat tempatan berusia 56 tahun, dipercayai bapa ayam turut ditahan tidak jauh dari premis berkenaan.

Polis turut menemui beberapa kondom terpakai dan yang belum digunakan bersepah atas lantai rumah kongsi itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 17 hingga 43 tahun berada di rumah kongsi itu sejak malam Ahad untuk melayan nafsu warga Bangladesh terbabit.

"Gadis berusia 17 tahun yang juga penduduk tempatan sudah berhenti sekolah dan dipercayai mempunyai masalah keluarga," katanya.

...... Adoyaiiii ... apa nak jadi M'sia nih. Bdk pompuan lokal pun layan gak! Apa punya bangap la dia tu ... isshkkkk

tukulkarat
Active Member
Active Member

Number of posts : 58
Age : 52
Location : Doha
Registration date : 2009-08-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah di Msia

Post by Sponsored content Today at 14:05


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum