JOM RELEASE TENSION

View previous topic View next topic Go down

JOM RELEASE TENSION

Post by d&ampa on 2009-03-29, 11:10

1) KALAU TERSEPAK BATU:
Jgn trus bgn, sebaliknya kamu baring & trus b'guling2 hngga jauh dr perhatian ramai. Bla sudah tiada yg nmpak, barulah bngun.

2) KALAU TERJATUH BASIKAL:
Cepat2 naik beskal kamu smula & buat2 jatuh shingga berkali2 spya org ingat kamu sngaja wat lawak.

3) KALAU TERJATUH TANGGA:
Terus bersilat seolah2 kamu dirasuk @ sdg b'lawan dgn makhluk halus

4) KALAU TERJATUH DLM LONGKANG:
Pungutlah smpah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka kamu seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan.

5) KALAU JATUH KETIKA NAIK BAS:
Jerit kuat2 " Oi! pa ni tolak2 org! walaupon sbnarnya tiada org d blakang kamu.

6) KALAU TERJATUH DI DEPAN PERHENTIAN BAS:
Terus wat pengsan shga ada org yg m'bantu kamu. klu x da yg membantu, baring trus smpai mlm shga tiada seseorg pon lagi yg tinggal d stesen bas 2. Inilah masa yg pling tepat utuk kami bngun smula.

7) KALAU JATUH TERGELINCIR D LANTAI LICIN:
Tariklah kawan@ sesiapa shja d sebelah kamu untuk jatuh bersama2 spya xlah kamu sorg je yg dpt malu.


Tingat kat zaman dulo2, jatuh tngga tergolek2 ketawa besar ..adoi abis kotor baju. tapi x wat lak cam kat atas. trus duduk je, tunggu kawan tarik siap ketawa lagi...

d&ampa
Active Member
Active Member

Number of posts : 36
Registration date : 2009-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by d&ampa on 2009-03-29, 11:12

walaupun tergolong ceritabodoh@lawah....
tapi ada moral@ilmu leh kita ambik dari cerita nie

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan
ayam yang terletak di Gunung Semanggol.tentang
sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan
macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah
masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua
tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik
ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan,
segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan
secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam
jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer
mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti
ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt
kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh
ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya
muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah
tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat
seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper
kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah
pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku
maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni
(jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata
kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang
menang boleh ambil semua ayam betina yang ada
kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja,
pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa
ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat
lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer
pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum
kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena
aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di
depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh
keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua
lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari
menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban
yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter
menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung
oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah] Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-
HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat
yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR
AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa
banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG
LEBIH TUA DARI KITA...
[i]

d&ampa
Active Member
Active Member

Number of posts : 36
Registration date : 2009-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by d&ampa on 2009-03-29, 11:16

Ayat lepas kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

d&ampa
Active Member
Active Member

Number of posts : 36
Registration date : 2009-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by d&ampa on 2009-03-29, 11:25


d&ampa
Active Member
Active Member

Number of posts : 36
Registration date : 2009-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by Wak on 2009-03-29, 12:54

heheheh...ingt mase skolah jer ader homework…No 12 tu paling best…huhuhuhuhuhu








HOMEWORK
Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear?ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops? tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda?.

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya?

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by d&ampa on 2009-03-29, 15:07



mana spender ayah????

d&ampa
Active Member
Active Member

Number of posts : 36
Registration date : 2009-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by d&ampa on 2009-03-30, 10:22

saper2 ade citer lawak leh tepek sini...

d&ampa
Active Member
Active Member

Number of posts : 36
Registration date : 2009-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by Wak on 2009-04-06, 08:13

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALL Y ........ for the person reading this message... because it means you have friends who are thinking of you.

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: JOM RELEASE TENSION

Post by Sponsored content Today at 22:38


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum