Fw: Hati-hati jika ke Bangkok

View previous topic View next topic Go down

Fw: Hati-hati jika ke Bangkok

Post by silver16v on 2009-03-20, 10:55

Sumber : email berantai... (maklumat sumber asal x dpt diperolehi)

Beringat ingat Kalau Ke Thailand

Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu
peringatan.

After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai
(saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went
to Bangkok with his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat
juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin
dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli
chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka
telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa
chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok
diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1
karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar,
tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok
beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus
itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus
rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti
dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan
ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di
Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya
diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai
polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana
salah faham beliau. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras
untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan
suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists
yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah
salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di lock up itu
ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan
lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000
kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil
pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter
pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus
ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang
menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.
My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping
itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di
Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak
memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di
Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS
dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang
iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar
my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000.
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju
dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar
dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang
tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan
wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing......... dan
mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang
diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya
berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh
mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the
RM11,000? Tak disebut pun.............). Nasib baik my cousin teringat
kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta
surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua
kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta
mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau
dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan
oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua
tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang
ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang
banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang
peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba
saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia................
(nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri
beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di
bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan
kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL
diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini
setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............ tapi yang peliknya
kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan
kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin
supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand
dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara
tersebut kembali stabil.

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti
tidak mempercayainya...... macam cerita wayang saja....... tapi
percayalah..... memang ini kisah benar.


Wallahualam..

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Fw: Hati-hati jika ke Bangkok

Post by muq on 2009-03-26, 07:19

kalau macam ni di Bangkok, di Indonesia pun lebih baik tidak sampai ke tahap ini.

muq
Active Member
Active Member

Number of posts : 24
Registration date : 2009-03-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum