Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

View previous topic View next topic Go down

Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

Post by DatukBendahara on 2009-03-11, 07:03

Saya pun takut nak rekomen orang sini melancung ke Malaysia.
Peragut lagak polis
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas muak dengan hasil kurang memberangsangkan diperoleh daripada mangsa tempatan, kumpulan peragut ganas yang berkeliaran di sekitar ibu kota mula menjadikan pelancong asing sebagai sasaran baru.

Kegiatan ragut tepi jalan berkenaan tidak sekadar dilakukan penjenayah yang menaiki motosikal, malah didalangi beberapa suspek yang menyamar anggota polis untuk memperdaya mangsa menyerahkan barang berharga.

Dalam kes terbaru, seorang pelancong warga Iran berusia 45 tahun menjadi mangsa apabila diperdaya dua penjenayah yang menyamar anggota polis.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.35 malam apabila mangsa yang juga seorang ahli perniagaan bersama rakannya berjalan di Jalan Sultan Ismail di sini.

Difahamkan, dua suspek terbabit yang menaiki sebuah kereta hitam tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum mengarahkan mangsa berhenti untuk diperiksa.

“Seorang suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis sambil menunjukkan kad berwarna putih yang didakwa sebagai kad kuasa polis.

“Suspek meminta mangsa supaya menunjukkan pasport antarabangsa dengan alasan untuk diperiksa,” katanya.

Pada masa sama, suspek meminta supaya seorang lagi mangsa menyerahkan beg duit dengan tujuan sama.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menyerahkan beg duitnya kepada suspek. Namun, dalam sekelip mata, suspek terus masuk dalam kereta sebelum memecut melarikan diri.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan pasport antarabangsa selain wang tunai AS$1,000 (RM3,700),” katanya.

Difahamkan, mangsa baru sehari berada di negara ini untuk tujuan melancong. Mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

DatukBendahara
Active Member
Active Member

Number of posts : 124
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

Post by kutu_beramboi on 2009-03-15, 16:23

Iye la Datuk Bendahara... takut dah teman nak rekomen mike melancung ke Malaysia.

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

Post by bluerose on 2009-03-15, 17:02

jgn kan mike, ambo sendiri pon naik seram nk blk negara sendiri. baca thru d net paper m'sia gerun jadiknyer.
tp bila keadaan kat sini pon bikin sakit dada, biarlah susah skit di tempat sendiri.
apa2 pon, I luv MALAYSIA!!!!!!

bluerose
Newbies
Newbies

Number of posts : 18
Registration date : 2009-03-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

Post by Wak on 2009-03-16, 05:53

Wak bersyukur sebab Wak selamat kat sini...bayangkan kalau perkara yang sama berlaku pada kita kat sini... !!!!

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

Post by tukulkarat on 2009-08-14, 08:56

cemana tu? sy rasa selamat jejalan waktu malam kat doha ini tapi x rasa selamat kat M'sia? Rolling Eyes

tukulkarat
Active Member
Active Member

Number of posts : 58
Age : 52
Location : Doha
Registration date : 2009-08-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Lepas ni tak ada satu pelancung pun akan ke Malaysia....

Post by Sponsored content Today at 06:10


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum