Ibadah Haji 2008

View previous topic View next topic Go down

Ibadah Haji 2008

Post by Admin on 2008-04-08, 08:41

www.malaysiaqatar.com mengucapkan selamat kembali dari menjalani Ibadat Haji bagi rakyat Malaysia yang menunaikan Ibadat Haji pada musim haji kali ini.

Rasulullah S.A.W. bersabda, " Tidak ada balasan haji mabrur kecuali syurga. "









Announcement Dated : 29/09/2008

Assalammualaikum,

Buat makluman semua muslimin & muslimat yang berminat untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, Alhamdulillah kuota kini telah dikeluarkan untuk mengerjakan haji pada Hamlah-2. Very Happy

Untuk terkini, kita telah menyerahkan seramai 30 jemaah untuk mengerjakan ibadah haji bagi tahun 2008. Masih lagi ada peluang buat mereka yang berminat untuk mengerjakan ibadah haji ini sebelum 15/10/08. Sila serahkan detail seperti di bawah ini kepada Hj Zaim (5542637) & Issyam (5865782).

- Original passport
- gambar 4 keping (background putih)
- Bayaran penuh: QAR 7700.
- No objection letter dari majikan untuk mengerjakan haji (utk kerajaan Saudi)
- certificate/buku/kad pelalian meningococcal meningitis.

Adalah dimaklumkan, hanya allocation untuk jemaah lelaki sahaja yang ada kekosongan atas kerana penginapan yg terhad buat jemaah wanita.

Untuk makluman, Insyaallah sebuah bas 44 penumpang akan disediakan oleh Hamlah Ali untuk tujuan ini.

Latihan Haji akan disediakan insyaallah.

Insyaallah jadual adalah seperti berikut :

26/11/08 : Bertolak ke Mekah dari Doha, Qatar.
11/12/08 : Bertolak ke Madinah dari Mekah.
13/12/08 : Berangkat pulang ke Doha, Qatar dari Madinah.

Hotel di Mekah : As-Sheesa
Hotel di Madinah : Ar-Rahmah

Mina/Arafah : Breakfast, Lunch & Dinner disediakan
Mekah : Breakfast only (bercadang nak cater makanan Malaysia utk Lunch & Dinner)
Madinah : Breakfast only (bercadang nak cater makanan Malaysia utk Lunch & Dinner)


Last edited by Admin on 2008-09-29, 11:45; edited 2 times in total

Admin
Admin

Number of posts : 29
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://malaysians-qatar.topicboard.net

Back to top Go down

Maklumat lanjut

Post by zaim on 2008-04-08, 20:21

Assalamualaikum wbt.,

Seperti yang diketahui tahun lepas, jemaah kita yang ingin pergi menunaikan haji dengan bas menghadapi kesulitan untuk mendapatkan tempat kerana kuota yang agak terhad dan permintaan ramai dengan hamlah yang dicuba. Oleh itu, atas dasar sukarela untuk mendapatkan keredaan Allah, kita berusaha untuk mendapatkan tempat bagi jemaah2 kita untuk menunaikan haji tahun ni. Mudah2an kesulitan tahun lepas dapat dielakkan insyaAllah. Kita telah memulakan usaha mencari hamlah yang sanggup membawa jemaah kita. Alhamdulillah, ada hamlah yang telah sanggup confirm satu bas (pax 44) untuk kita.

Berikut adalah maklumat lanjut.

Hamlah : Hamlah Al-Ali.
Lokasi pejabat: Tidak jauh dari Gold Souq
Contact person: Bashir

Berikut adalah maklumat mengenai pakej haji hamlah ini bagi ibadah haji YANG LEPAS. Segala detail mengenai pakej tahun ini mungkin boleh berubah, tertakluk kepada Lembaga Pengurusan Haji Qatar. Maklumat tersebut akan dijangka akan dikeluarkan sekitar bulan Ogos insyaAllah.

Kenderaan : bas
Tempoh: 17 hari termasuk perjalanan pergi dan balik.
Jumlah jemaah yang dibawa: 170 orang berasal dari Pakistan, Mesir dan negara2 lain.
Penginapan di Mekah : 3 km dari Masjidil Haram, bukan di Aziziah (+- 10 km dari Masjidil Haram) seperti kebanyakkan hamlah2 yang lain. Bas disediakan bagi setiap solat waktu. Tidak sampai 10 minit ke masjidil haram dengan bas jika tiada kesesakan lalu lintas. Lebih kurang 40 minit jika berjalan kaki. 5-6 orang dalam setiap bilik. Sarapan disediakan. Makan tengahari dan malam atas para jemaah sendiri.

Di Mina/Arafah, makan pagi, tengahari dan malam disediakan.
Khemah di Mina, 18-20+ orang.

Route: Doha-Mekah-Madinah-Doha

Penginapan di Madinah: Hotel 4 bintang, Darul Iman, lebih kurang 100 m dari Masjidil Haram. Bufet sarapan pagi disediakan. 3 hari 2 malam di Madinah. 3(?) orang setiap bilik.

Menurut pihak hamlah, doktor dan pembimbing yang boleh berbahasa English akan disediakan insyaAllah. Begitu juga kursus haji. Namun dari pemerhatian, kursus yang disediakan oleh hamlah di sini biasanya terlalu ringkas. Oleh itu kita mungkin perlu menguruskan kursus tambahan oleh ustaz di sini, seperti yang dilakukan untuk para jemaah tahun lepas.

Pendaftaran dengan pihak hamlah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos insyaAllah sementara permohonan visa akan dibuat beberapa minggu sebelum bertolak.

Untuk pendaftaran dengan pihak hamlah (sekitar Ogos), yang diperlukan ialah
1)passport copy - data page dan RP page
2)deposit - dicadangkan QR 500 seorang

Untuk permohonan visa sebelum bertolak
1)No objection letter dari sponsor
2)4 keping gambar passport dengan latar putih
3)Imunisasi meningococcal meningitis. Optional ialah influenza
4)bayaran penuh. Tahun lepas QR 6,400 seorang.
5)Original passport. Pastikan PR valid sekurang2nya 6 bulan dari tarikh permohonan.

Seperti yang disebutkan, pihak hamlah telah berjanji untuk menyediakan satu bas dengan pax 44 orang. Jika permintaan melebihi 44 orang, insyaAllah kita akan berunding lagi dengan pihak hamlah.

Pax hanya akan dikira dengan penyerahan passport copy dan deposit seperti yang disebutkan. Diharapkan jemaah terlebih dahulu confirm akan pergi insyaAllah sebelum mendaftar agar memudahkan urusan semua pihak. Keutamaan diberikan atas dasar "first come first serve".

FAQ:
1. Boleh balik raya ke kampung tak sebab nanti hamlah akan perlukan pasport kita untuk visa haji?
Bagi yang akan balik raya, insyaAllah tidak menjadi masalah kerana mengikut kebiasaan passport hanya akan diserahkan kepada hamlah beberapa minggu selepas raya.

2.Boleh ke kita bawa anak2 kita untuk menunaikan haji?
Jawapan dari sudut logistik, adalah perlu difahami mengikut kebisaaannya, jemaah perlu berjalan selama berjam2 lamanya selepas wukuf di arafah....adakalanya sehingga berbelas jam. Oleh itu faktor ini harus dipertimbangkan.

Perlu ditekankan di sini, bahwa faktor2 seperti kuota belum diumumkan dan mungkin mempengaruhi bilangan jemaah malaysia yang dibenarkan pergi menunaikan haji tahun ini. Mudah2an semuanya dipermudahkan Allah.
Amin.

zaim
Newbies
Newbies

Number of posts : 2
Registration date : 2008-04-08

View user profile

Back to top Go down

Re: Ibadah Haji 2008

Post by Admin on 2008-10-04, 22:56

Ingin dimaklumkan penyertaan Ibadah Haji 2008 bersama Hamlah Ali telah ditutup.

Admin
Admin

Number of posts : 29
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://malaysians-qatar.topicboard.net

Back to top Go down

Re: Ibadah Haji 2008

Post by kutu_beramboi on 2008-10-05, 09:04

Admin wrote:Ingin dimaklumkan penyertaan Ibadah Haji 2008 bersama Hamlah Ali telah ditutup.

Assalamualaikum,

Semoga semua peserta-peserta bakal haji tahun 2008 akan dikurniakan haji yang mabrur oleh Allah swt.

Jika diizinkan, kutu ingin berkongsikan pandangan kutu yang tidak seberapa ini. Jika perlunya persiapan yang rapi untuk mendapatkan keputusan cemerlang "A" didalam peperiksaan, bagaimana pula untuk mendapatkan keputusan mabrur "A" didalam ibadah haji nanti.

Wallahualam.
Wassalam.

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Ibadah Haji 2008

Post by elxxxv on 2008-10-08, 18:01

Wslm wrt

Antara formulanya tentulah dgn mengadakan persiapan yg rapi juga!

Saya telah mencadangkan kpd Hj Zaim agar "graduan"2 haji yg berkesempatan (samada yg pernah menunaikannya dari Qatar atau dari Malaysia) mengadakan sesi perkongsian pengalaman sebagai sebahagian dari persiapan. Saya percaya pihak penganjur juga akan mengadakan latihan dan kursus utk memantapkan persiapan para jemaah.

Tiada ganjaran utk haji yang mabrur melainkan Jannah!

Selamat menjalani persiapan utk menjadi tetamuNya dan semoga mendapat haji yg mabrur.

elxxxv
Newbies
Newbies

Number of posts : 1
Registration date : 2008-07-30

View user profile

Back to top Go down

Re: Ibadah Haji 2008

Post by kutu_beramboi on 2008-11-23, 08:31

Admin wrote:www.malaysiaqatar.com mengucapkan selamat menunaikan Ibadat Haji bagi rakyat Malaysia yang akan berangkat ke Tanah Suci pada musim haji kali ini.

Rasulullah S.A.W. bersabda, " Tidak ada balasan haji mabrur kecuali syurga. "



Assalamualaikum,

Kutu ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf zahir dan batin kepada bakal-bakal haji terutamanya dan kepada semua yang lain amnya. Minta halalkan makan dan minum Kutu disepanjang perkenalan kita.

Buat bakal-bakal haji, Kutu telahpun memaafkan segala kesilapan mahupun kesalahan antara kita. Jauh disudut hati Kutu, mengharapkan semoga Allah swt. permudahkan segala urusan kalian pergi dan kembali.

Kenanglah Kutu didalam doa kalian terutamanya dipadang Arafah nanti.


Wassalam.

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Ibadah Haji 2008

Post by Sponsored content Today at 14:08


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum