Keajaiban Doha

View previous topic View next topic Go down

Keajaiban Doha

Post by Wak on 2009-02-22, 14:23

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20090221122155/Article/indexkem_html

Berita Minggu 22 Februari 2009
Seksyen Kembara

Oleh Khirul Bahri Basaruddin
bminggu@bharian.com.my

DOHA atau nama Arabnya Ad-dawha bermaksud pokok besar adalah ibu negara Qatar, yang kini makmur di bawah pemerintahan Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Qatar bergantung sepenuhnya kepada hasil perikanan dan mutiara. Oleh itu, tidak hairan apabila Doha mempunyai 350 bot mencari mutiara.
Bagaimanapun, apabila Jepun memperkenalkan pembiakan mutiara secara komersial pada 1930 menyebabkan seluruh rantau itu termasuk Qatar mengalami kemelesetan ekonomi sehingga menjadi sebuah negara miskin serta mundur.

Kesengsaraan rakyat Qatar tidak lama apabila pada 1930an, negara itu dianugerah Tuhan dengan penemuan hasil minyak yang kini boleh mengeluarkan 800,000 tong sehari.

Sejak itu Qatar terus makmur dan pemerintahnya, Sheikh Hamad terus tekun membangunkan negara yang kini menjadi anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Sheikh Hamad yang mementingkan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dengan membuka Universiti Qatar pada 1973, menjadikan istana pemerintahan Qatar sebagai Muzium Negara, membina Bandaraya Pendidikan serta melancarkan saluran berita televisyen satelit Arab Al Jazeera pada 1996 yang berpusat di Doha.

Mereka yang pertama kali menjejak kaki ke bumi Qatar terutama Doha akan terkejut melihat kepesatan ekonomi bandar raya itu. Ia kini di sekeliling dengan pembinaan bangunan mencakar langit.

Difahamkan lebih 80 bangunan membabitkan pangsapuri, pejabat dan kompleks beli-belah sedang dibangunkan serentak bagi memenuhi keperluan pasaran.

Kiri dan kanan jalan, penulis dapat saksikan kerja pembangunan giat dijalankan, seolah-olah berada di satu penempatan baru dibuka seperti taman perumahan di Malaysia.


Orang ramai membeli-belah di kedai kasut di Souk Waqif.
Bagaimanapun, sebelum boleh memasuki pintu masuk negara itu, penulis terpaksa berdepan dengan pegawai imigresen wanita yang memakai jubah serta hijab serba hitam yang agak kedekut dengan senyuman serta serius melaksanakan tugasnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Sambutan yang agak dingin itu tidak mematikan keinginan penulis meninjau kecantikan serta keajaiban Doha terutama Souk Waqif yang terkenal dengan sejarah pembinaannya.

Souk Waqif yang dibina semula mempunyai tiga jenis ruang perniagaan, iaitu pasar besar atau dikenali sebagai Amayer yang menempatkan peniaga borong dan runcit.

Kedua, kedai hasil kraftangan, jahitan, tenunan serta pertukangan serta ketiga, gerai terbuka untuk peniaga tempatan.

Sebaik saja memijak kaki di Souk Waqif, anda akan terpegun dengan kecantikan hasil seni bina warisan Qatar.

Di setiap lorong terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan tempatan dan diimport dari serata dunia bagi memberi kepuasan kepada pengunjung membeli di Souk yang menjadi kebanggaan penduduk Doha.

Peniaga daripada pelbagai keturunan seperti India, Pakistan, Iran dan negara Timur Tengah akan menyambut tetamu dengan bahasa Arab dan Inggeris malah jangan terkejut jika ada antara mereka yang fasih berbahasa Melayu. Kebanyakan mereka begitu mesra apabila mengetahui penulis datang dari Malaysia dan mereka tidak lupa untuk menyebut nama pemimpin negara.

Di celah lorong Souk Waqif ini dipenuhi kedai menjual pelbagai kekacang seperti gajus, badam, kismis besar dan kecil, anggur kering serta pistacio tiga rasa, iaitu lemon, masin dan safaron pada harga yang agak murah. Malah ada kedai menjual pelbagai manisan yang menjadi kegemaran penduduk di Doha.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan jubah lelaki dan wanita, mereka boleh membuat pelbagai pilihan dengan harga berpatutan. Malah, ada kedai yang menyediakan perkhidmatan tempah dan pakai. Tidak ketinggalan, kain ela sutera dari Itali, China, dan Korea Selatan serta kapas dari Itali dan Jepun yang dijual antara RM15 hingga RM30 semeter.

Sebelum berhajat ke Souk Waqif, pastikan anda tidak ke sana antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang kerana premis perniagaan kecuali restoran mewah dibiarkan tanpa penghuni bagi membolehkan peniaga berehat sebelum meneruskan perniagaan hingga larut malam.

Sehari berada di Souk Waqif memang tidak cukup untuk meninjau setiap kedai di situ. Oleh itu, tidak hairan mereka akan datang semula untuk melepaskan rindu menikmati wangian rempah ratus yang dijual di souk berkenaan.

Pengalaman singkat di Doha terutama Souk Waqif membuka mata penulis betapa penting kita menjaga warisan negara serta bangga menghasilkan kraftangan sendiri tanpa mengimport dari China, Korea Selatan, Taiwan serta Indonesia, dan diletakkan tanda Made in Malaysia atau Buatan Malaysia.

FAKTA:

Mengikut sejarah Souk Waqif atau Pasar Berdiri, mendapat nama itu kerana ia berkait rapat dengan kewujudan Doha yang berasal daripada dua perkampungan kecil nelayan yang terbahagi dua oleh Wadi Mishireb.


Pada musim sejuk, air sungai akan mengalir deras serta melimpah ke tebing dan melalui lembah berkenaan. Penduduk Doha yang dipisahkan wadi berkenaan akan berkumpul di tebing untuk urusan jual beli barangan mereka.


Berikutan air mengalir di kawasan berkenaan menyebabkan mereka yang berdagang terpaksa berdiri sepanjang hari menjalankan urus niaga mereka.


Mereka tidak berpeluang langsung untuk duduk di tebing wadi berkenaan, dari situlah nama Souk Waqif atau Pasar Berdiri diperolehi.

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum