Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

View previous topic View next topic Go down

Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by Wak on 2009-01-17, 18:51

Wak banyak mendengar permintaan rakan sekerja di Doha mencari Tadika Islam untuk anak-anak mereka. Memang ramai anak-anak rakyat Malaysia disini yang memerlukan tadika tersebut, tetapi kita tidak ada fasiliti itu disini.

Wak cadangkan kita kemukakan perkara ini kepada pihak Kedutaan dan MAQ. Diharap mereka dapat memberi kerjasama dan prihatin atas perkara ini.

Semoga satu hari nanti kita berjaya mendirikan satu Tadika Islam untuk anak-anak kita disini.


Last edited by Wak on 2009-01-17, 18:56; edited 3 times in total (Reason for editing : Correct wordings)

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by silver16v on 2009-01-19, 09:02

Salam,

Satu cadangan yang bagus, saya pernah tengok di TV semasa di Malaysia mengenai Sekolah berkurikulum Malaysia yang ditubuhkan di Manchester, UK. Saya yakin kalau setakat sekolah tadika.. ianya boleh dijayakan jika ada individu2 yang sanggup utk mengusahakannya. Tenaga pengajar utk pendidikan Islam mungkin boleh upah muaazzim2/ustaz2 indonesia di sini. Easier said than done tapi kalau diusahakan InshaAllah berjaya..

Berkata tentang pendidikan anak2, saya sendiri sedang mencari Sekolah Rendah Islam di Malaysia utk anak saya. Saya difahamkan bahawa permintaan untuk sekolah rendah Islam masa kini juga tinggi sehinggakan sukar utk mendapat tempat. Mungkin masyarakat mula sedar tentang pentingnya asas pendidikan Islam untuk anak2.

Pada masa yang sama baru saya sedari rupanya tiada sekolah rendah Islam kerajaan di Malaysia.. Hanya sekolah2 swasta.. Terlintas pula pertanyaan; Apakah pihak yang bertangungjawab tidak perihatin tentang perkara ini? Kalau bangsa cina dan tamil amat mementingkan akar bangsa atau asas budaya mereka, kenapa pula umat islam (melayu) tidak merasakan asas pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah itu penting dan bukannya sesuatu perkara yang optional?

Bak kata perpatah 'Melentur buluh biar dari rebungnya'. Memang benar tanggungjawab ibu-bapa untuk mendidik anak2 tp sudah tentu ibubapa tidak dapat mengubah pengaruh 'external environment'. Apa2 pun kita sentiasa berdoa semoga Allah SWT pelihara kita semua umat Islam dan generasi akan datang agar sentiasa berada di jalan yang lurus. Ameen.

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by azik on 2009-01-28, 21:04

hmm....idea bisnes yg sgt bagus ni...ada berani bro? Cool

azik
Active Member
Active Member

Number of posts : 44
Registration date : 2008-07-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by Wak on 2009-01-29, 06:38

Wak cuma boleh buat usul je...Wak tak banyak masa nak buat benda nih..sbb kerja kat opis Wak...terlalu banyak...Wak harap perkara ni dapat diusahakan oleh mereka yang prihatin...dan kena fikir dulu..sama ada ia profitable atau tidak...

Wak
Active Member
Active Member

Number of posts : 471
Registration date : 2008-12-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by mba2009 on 2009-08-17, 11:07

Salam Semua;

Mahu kongsi cerita. Alhamdullillah la aku masa dok Kemaman anak2 aku daftarkan kan Sekolah Rendah Islam Al Amin. Lepas tu aku pindah Pasir Gudang, aku daftarkan kan Sekolah Rendah Islam At Tahfiz Pasir Gudang. Lepas tu aku pindah keje Penang aku sekolah kan anak anak aku kat.... Sekolah Rendah Islam Al Islah Sungai Petani.... la ni aku duduk Kuwait aku register kan je depa Pakistan English School.. aku ada usha kan juga dengan geng geng Pusat Pendidikan Al Amin dan Pusat Pendidikan Al Islah. Depa memang ada plan nak berkembang ke Middle East tapi tak tau la bila... sebab Pusat Pusat Pendidikan yang depa usaha kan di Malaysia tu pun asal nya usaha "Nawaitu" pendidikan Islam bersepadu untuk anak muslim. Cuma mereka kata pada peringkat permulaan mereka memerlukan volunteer volunteer especially from ibu ibu muslimah untuk menjayakan dan memulakan pusat pusat pendidikan berlandaskan konsep pendidikan sekolah sekolah rendah islam swasta tersebut.

Jadi ada berani ke warga warga Malaysia di Qatar memulakan langkah ke Pendidikan Swasta Islam Bersepadu ini. Mereka memerlukan :-
1) Pelopor-pelopor yang mampu meluangkan masa set-up sekolah.
2) Mencari tempat yang sesuai buat sekolah. Contoh nye di Kemaman itu menyewa rumah aje sebagai permulaan.
3) Volunteer untuk bekerjasama untuk mendapatkan. Pendaftaran sekolah. Lesen sekolah dari authority di Qatar.
4) Yang pasti nye syllabus dan sistem pembelajaran adalah sistem Sekolah Islam bersepadu berdasarkan Pendidikan Islam Swasta di Malaysia.

Maaf ya sedara sedari semua aku ni kat Kuwait. Malaysian kat sini tak seberapa jumlah untuk memulakan Pusat Pendidikan Islam bersepadu... tapi kalau kat Qatar... InsyaAllah numbers dan jumlah tu dah ada .....

Cuma nak tahu juga kalau Qatar dah ada 2000 lebih orang Malaysia kalau semua bujang tak ada juga numbers....

Anyway sekadar kongsi cerita...

Wassalam

mba2009
Active Member
Active Member

Number of posts : 219
Age : 50
Registration date : 2009-07-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by azik on 2009-08-17, 20:27

Good idea...boleh jugak provide kerja utk suri2 rumah yg agak keboringan di qatar nih....sambil kerja boleh jaga anak sekali.... Very Happy

azik
Active Member
Active Member

Number of posts : 44
Registration date : 2008-07-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Cadangan untuk membuka Tadika Islam Malaysia di Doha

Post by Sponsored content Today at 15:43


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum