Kisah Ferrari, EVO7 dan Kelisa

View previous topic View next topic Go down

Kisah Ferrari, EVO7 dan Kelisa

Post by DatukBendahara on 2008-10-22, 21:21

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta EVO7 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" Tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "A'ha rosak." Jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." Mamat nie bagi idea.

"Worrait gak tu... Tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam."

"Ok pakcik." Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper EVOnye. Dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat EVO7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... Lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat EVO7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie.. cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye....... sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

DatukBendahara
Active Member
Active Member

Number of posts : 124
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Kisah Ferrari, EVO7 dan Kelisa

Post by kutu_beramboi on 2008-10-23, 11:17

kah kah kah ... cemanaa la agaknya keadaan pakcik tu ek ... terkencing-kencing agaknya ... kot, terbuang air besar ... tak pun termuntah-muntah ...

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Kisah Ferrari, EVO7 dan Kelisa

Post by fixcxer on 2008-10-24, 01:07

hehe.. best la lawak ni datuk Laughing nak copy boleh tak?

identiti kereta dan tempat kejadian akan ditukar.

fixcxer
Active Member
Active Member

Number of posts : 103
Age : 38
Location : Depan PC
Registration date : 2008-08-22

View user profile

Back to top Go down

Re: Kisah Ferrari, EVO7 dan Kelisa

Post by Sponsored content Today at 22:37


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum