Ceramah Umum serta Kursus Haji Intensif (16hb - 18hb Okt 2008)

View previous topic View next topic Go down

Ceramah Umum serta Kursus Haji Intensif (16hb - 18hb Okt 2008)

Post by malaysiaqatar on 2008-10-16, 06:42

Assalamualaikum,

Sempena musim haji yang akan bermula pada tahun ini..

Alhamdulillah, hampir 50 orang rakyat Islam Malaysia yang berada di Qatar akan berpeluang untuk menunaikan Haji pada tahun ini.

Dengan kerjasama beberapa bakal jemaah Haji dan individu Islam Malaysia serta MAQ program ceramah serta Kursus Haji Intensif bagi semua warga Islam Malaysia di Qatar (khusus untuk bakal-bakal haji 2008) telah diaturkan. Ini untuk memberi bimbingan serta penerangan mengenai taracara Haji mengikut sunnah Rasulullah SAW. Seorang penceramah dari Malaysia, Ustaz Ismail Mat Ali, telah diundang khas bagi menjayakan program ini.

Tarikh & Hari Masa Tajuk Program Lokasi
Khamis, 16 Okt 9.30 to 11.00 am Program Kaum Ibu (Perwakilan Wanita) Ladies Club, Al-Bayyan
Khamis, 16 Okt mulai 7.00 pm Ceramah Umum Club House, Al Bayan
Jumaat, 17 Okt 8.00 to 11.00 am Kursus Haji Intensif Club House, Green Village
Jumaat, 17 Okt from 8.00 pm Program Motivasi untuk Remaja Al Basatin Compound, Muaither
Sabtu, 18 Okt 8.00 to 11.00 am Kursus Haji Intensif Club House, Al Bayan
Sabtu, 18 Okt 1.00 to 3.00 pm Diskusi & Practical Haji (tentative). Club House, Al Bayan


Untuk Program Motivasi & Qiamullail Remaja sila berhubung terus dengan Wan Aidi (email: binwanmustapha@qp.com.qa; mobile : 5092944). Yuran QR25/peserta untuk menampung makan malam & sarapan pagi sepanjang program.Untuk persiapan yang lancar, tarikh tutup pendaftran pada 16 Ocktober 2008.

*Program Motivasi & Qiamullail Remaja ( terbuka kepada remaja lelaki & perempuan 12 - 19 tahun)
Jumaat, 17 Okt (7.00 hingga 10.00 malam)
- Daftar & Berkumpul di Al-Basatin Compound (dari jam 6 ptg)
- Solat Jemaah Isyak
- Makan Malam/Dinner mengikut Sunnah
- Kem motivasi bermula
- 10.30 mlm, berkemas untuk tidur (perempuan di Musolla dan lelaki di Club House).

Sabtu, 18 Okt (3.00 hingga 5 pagi)
- bangun untuk Qiamullail, di Club House.
- Sholat Subuh berjemaah
- Breakfast bersama (sandwich)
- Riadah pagi (di court tennis)
7 pagi bersurai ... ibubapa boleh menjemput anak2.

Biodata ringkas Ustaz Ismail & peta-peta ke lokasi dilampirkan di laman web MAQ http://www.malqatar.com/MAQHome/

Coordinate GPS bagi Green Village adalah seperti berikut N 25.26665, E051.46448 (P.S. Boleh tukar format ke deg min ss dan sebaliknya bagi sesiapa yang ada Garmin GPS)
Bagi Al-Basatin Compound: 2515'51"N 5125'10"E.

malaysiaqatar
Admin

Number of posts : 53
Registration date : 2008-04-08

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum