Fw : Kisah Benar.. Nak Kaya

View previous topic View next topic Go down

Fw : Kisah Benar.. Nak Kaya

Post by silver16v on 2008-08-20, 16:15

Kisah Benar.. Nak Kaya

Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran Mamat) kepada aku masa cuti Raya tahun lepas.. Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke Kota Bharu daripada KL melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "Kota Bharu" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pahi???" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ermm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ..???"
Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pahi, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot... Atau nak menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalaukaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya tadi adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemungkinan org tua nih adalah Raja Bunian
atau salah seorang wali2 tuhan yg akan memberikannya khazanah kekayaan.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pahi, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi : Kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.

Itulah ceritanya.....

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Fw : Kisah Benar.. Nak Kaya

Post by shekin on 2008-08-20, 20:32

Laughing lawak btul la..

lol!

shekin
Active Member
Active Member

Number of posts : 49
Registration date : 2008-07-23

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Kisah Benar.. Nak Kaya

Post by DHL on 2008-08-21, 00:13

pehh...kita dah suspens dah baca tadi....he he he

DHL
Active Member
Active Member

Number of posts : 200
Age : 40
Location : Doha, Qatar
Registration date : 2008-06-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Kisah Benar.. Nak Kaya

Post by kutu_beramboi on 2008-09-20, 16:04

cis .... ingat kan apa la tadi .... rupanya ...
pengajaran tambahan: alang-alang dah minta roti, mintak terus kopi "o" panas ... telur setengah masak dua ..... berserta kicap dan pepper ...

kutu_beramboi
Active Member
Active Member

Number of posts : 597
Location : Qatar
Registration date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Kisah Benar.. Nak Kaya

Post by Sponsored content Today at 00:23


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum