Fw : Ceramah oleh Hj. Mohd Zamerey Abd. Razak (09 June 2008)

View previous topic View next topic Go down

Fw : Ceramah oleh Hj. Mohd Zamerey Abd. Razak (09 June 2008)

Post by malaysiaqatar on 2008-06-08, 13:51

Ceramah oleh Hj. Mohd Zamerey Abd. Razak

Tajuk Ceramah : Halal dan Haram dalam Kewangan Islam
Tempat : Club House di Green Village
Tarikh : Isnin, 9 Jun 2008
Masa : 6.45 malam - 9.00 malam.




Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dalam waktu yang terhad, kita telah diberi kesempatan untuk menganjurkan satu lagi Majlis Ilmu di Doha. Bagi tujuan tersebut, sukacitanya kami ingin menjemput Tuan/Puan/Encik/ Cik ke Majlis Ceramah bertajuk "Halal dan Haram dalam Kewangan Islam" oleh Penceramah Khas dari Malaysia Hj. Mohd Zamerey Bin Abdul Razak.

Butiran Program adalah seperti berikut:

Tempat : Club House di Green Village (peta disertakan untuk panduan)
Tarikh : Isnin, 9 Jun 2008
Masa : 6.45 malam - 9.00 malam. Untuk mengurangkan kelewatan akibat kesesakan lalulintas tuan2/puan2 digalakkan Solat Maghrib di Surau dalam Green Village compound (maaf untuk lelaki sahaja) atau di Masjid2 yang berhampiran spt Masjid Al-Bayyan, Masjid Al Waab Traffic Light dan Masjid belakang Beverly Hills. Sila rujuk peta untuk lokasi.
Persediaan : Makanan Ringan dan Minuman akan disediakan. Seperti biasa peserta adalah digalakkan membawa Potluck.

Sedikit Latarbelakang Penceramah
Hj. Mohd Zamerey Bin Abdul Razak berkelulusan dalam B.A Shariah dari Yarmouk University, Jordan dan M.A Shariah UKM dan beliau masih belajar di UM. Beliau adalah bekas Guru di Sekolah Islam Kiblah, Bangi berkhidmat dalam tahun 1999-2003. Beliau kemudiannya menjawat jawatan sebagai Ketua Syariah di Takaful IKHLAS Sdn Bhd dalam tahun 2003-2007 dan sekarang ini memegang jawatan sebagai Ketua Syariah di Asian Finance Bank Bhd (70% saham di pegang oleh Qatar Islamic Bank, 20% oleh RUSD Investment Bank dan 10% Global Investment House, Kuwait).

Moga majlis ini diberkati dengan kehadiran tuan2/puan2 semua.

Wassalam

Bagi Pihak Penganjur

Yusry






malaysiaqatar
Admin

Number of posts : 53
Registration date : 2008-04-08

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum