Rawatan menggunakan Lintah

View previous topic View next topic Go down

Re: Rawatan menggunakan Lintah

Post by silver16v on 2008-06-02, 10:12

Rawatan lintah geli tapi berkesan
Source : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm

Oleh MERAN ABU BAKAR (meran.abubakar@utusan.com.my)



MUNGKIN ramai yang tidak sanggup atau geli-geleman jika disuruh mendapatkan rawatan lintah.

Namun, jika sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan atau sudah puas berubat di sana sini, pasti perasaan geli dibuang ke tepi asalkan penyakit dapat diubati.

Nasha D’Beauty yang menggunakan ‘khidmat’ lintah kerbau bagi mengubati pelbagai jenis penyakit mempunyai ramai pelanggan yang telah pulih daripada penyakit mereka.

Di antara jenis penyakit yang pernah diubatinya menggunakan lintah ialah kencing manis yang telah bernanah, sakit kepala, migrain, gout, darah beku yang tidak keluar, darah tinggi, kanser, resdung, sakit sendi dan sebagainya.

Menurutnya, rawatan tradisional menggunakan lintah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggannya yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Rawatan juga boleh dilakukan di rumah pelanggan jika mereka tidak berkemampuan keluar rumah.

Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.

Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.

Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.



Empat ekor lintah dilepaskan di atas muka pesakit. Lintah akan merayap-rayap mencari lokasi yang berdarah kotor dan apabila ditemui, lintah akan terus melekap dan menghisap seperti vakum.





Ubati resdung guna lintah kerbau
Source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm


TELUK INTAN – Bagi mereka yang mempunyai masalah resdung dan berhajat mendapatkan rawatan alternatif, mereka boleh mencubanya dengan menggunakan `khidmat’ lintah hidup.

Seorang pemilik sebuah pusat kecantikan di sini, Nuriah Idrus, 51, berkata, rawatan resdung menggunakan lintah yang ditawarkannya bukan sahaja mendapat sambutan hangat malahan semakin ramai penghidap beberapa penyakit lain turut tampil untuk mencubanya.

“Sejak teknik rawatan ini diperkenalkan lebih sebulan lalu, makin ramai yang mahu mencuba rawatan lintah kerbau ini. Ia diakui pesakit terbabit, ia mampu mengubati resdung yang dihadapi mereka.

“Selain itu, lintah kerbau ini juga berupaya melakukan `tugas-tugas' lain seperti membuang angin dalam badan, mengurangkan sakit kepala dan kesakitan sendi,” kata pengusaha Nurintan Beauty Saloon ini kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, rata-rata pesakit yang mendapatkan ‘khidmat’ lintah kerbau ini sememangnya sedikit rasa takut pada peringkat permulaan rawatan namun selepas haiwan berkenaan dilekatkan pada bahagian tertentu, mereka mula merasa selesa.

“Dalam setiap rawatan, hanya seekor lintah kerbau diperlukan dan tempoh rawatan sekitar dua hingga empat jam bergantung kepada jenis penyakit yang dirawat.


NURIAH melakukan rawatan tradisional resdung dengan menggunakan lintah kepada salah seorang pelanggannya.

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Rawatan menggunakan Lintah

Post by noble-man on 2008-06-02, 12:45

Di Qatar ni ada lintah ke ??

Setahu saya lintah tak de kat sini tapi lintah darat banyak lah...tu yg hisap sewa rumah tiap-tiap bulan tu...

noble-man
Active Member
Active Member

Number of posts : 209
Registration date : 2008-04-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Rawatan menggunakan Lintah

Post by silver16v on 2008-06-02, 14:02

noble-man wrote:Di Qatar ni ada lintah ke ??

Setahu saya lintah tak de kat sini tapi lintah darat banyak lah...tu yg hisap sewa rumah tiap-tiap bulan tu...

Seriously kalau xder di Qatar nih boleh lar kita export lintah ke Qatar. Di Malaysia sekilo RM120 ~ RM200 or RM1.20 ~ RM2.00/ekor kat sini boleh lar jual QR10 ~ QR15/seekor. Boleh buat bisnes nih "Leeches at malaysiaqatar" "Alternative Hijaamah (100% natural)". lol!

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Rawatan menggunakan Lintah

Post by silver16v on 2008-06-02, 16:04

Majalah 3 (TV3suku) pun pernah cover pasal lintah ni. Cuba tengok nih;




Rupanya NTV7 (Apakejadahnya) pun pernah cover gak tp chinese edition. Anyone can give translation (summarised).



Siapa2 yg dah try pls give feedback...

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Rawatan menggunakan Lintah

Post by Racing_Camel on 2008-06-04, 19:14

pakai lintah boleh, tapi selagi dia tak kenyang dan jatuh sendiri, jangan tarik. nanti koyak kulit.

Racing_Camel
Active Member
Active Member

Number of posts : 192
Location : Arabian Desert
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Rawatan menggunakan Lintah

Post by Sponsored content Today at 18:00


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum