Fw : Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha (30 & 31 May 2008)

View previous topic View next topic Go down

Fw : Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha (30 & 31 May 2008)

Post by malaysiaqatar on 2008-05-26, 06:26

Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha

Program 1
Tempat : Al Bayyan Club House, Al Bayyan Garden, (sebelah Al Sadd Stadium)
Tarikh : Jumaat 30 Mei 2008
Masa : 8.00 - 10.00 malam
Tajuk Ceramah : Pengalaman perjalanan hidup

Program 2
Tempat : Al Bayyan Club House, Al Bayyan Garden, (sebelah Al Sadd Stadium)
Tarikh : Sabtu 31 Mei 2008
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Sesi remaja : Allah Melihat Apa Yang Kita Buat - pedoman buat remaja*



Assalamualaikum wbt,

Nama Haji Mohd Azmil Mustapha mungkin tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Beliau sebelum ini bergiat aktif dalam dunia seni dan pelakon yang dikenali ramai. Antara lakonan beliau adalah Mekanik (1983), Matinya Seorang Patriot(1985) dan Ali Setan (1986), lalu memenangi Anugerah Pelakon Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke enam dengan watak di dalam cerita tersebut. Beliau juga merupakan penulis filmografi di dalam cerita XXRay (1992). Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit.

Kini, beliau yang berumur 55 tahun adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Kini beliau telah bermusafir ke Syria unutk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Tuan2 dan puan2 dijemput hadir untuk dua sesi ceramah yang akan diadakan oleh beliau di Doha pada 30 dan 31 Mei 2008 ini.
Butiran program2 adalah seperti berikut:

Program 1
Tempat : Al Bayyan Club House, Al Bayyan Garden, (sebelah Al Sadd Stadium)
Tarikh : Jumaat 30 Mei 2008
Masa : 8.00 - 10.00 malam
Tajuk Ceramah : Pengalaman perjalanan hidup

Program 2
Tempat : Al Bayyan Club House, Al Bayyan Garden, (sebelah Al Sadd Stadium)
Tarikh : Sabtu 31 Mei 2008
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Sesi remaja : Allah Melihat Apa Yang Kita Buat - pedoman buat remaja*

*Tajuk tertakluk kepada pindaan. Kehadiran teman-teman, amatlah dihargai.

Bagi yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian di majlis tersebut.

Wassalam

Bagi pihak jawatankuasa penganjur

malaysiaqatar
Admin

Number of posts : 53
Registration date : 2008-04-08

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha (30 & 31 May 2008)

Post by malaysiaqatar on 2008-05-27, 15:07

Ismail wrote:
Assalam aleykum

Didoakan moga sahabat sahabat sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH hendaknye.

Seperti email dari sahabat kita En Engku Mahusin ( sila rujuk dibawah), sahabat sahabat dan keluarga di jemput menghadirkan diri pada kedua dua ceramah tersebut. Sama samalah kita mendengar dan mengambil pengajaran dari pengalaman beliau yang pada ketika umur sudah mencecah 55 tahun, diberi kekuatan oleh Allah untuk bermusafir mencari ilmu Allah di muka bumi ini. Moga hasil dari pertemuan dengan beliau, memberi kita kekuatan dan azam untuk sentiasa beristiqamah dalam menuntut ilmu ilmu Allah.

Insya Allah, pihak Usrah Ali akan menyediakan nasi dulang (sumbangan Tuan Haji Marzuki) untuk ceramah umum pada 30 Mei 2008. Sumbangan sahabat sahabat dalam bentuk pencuci mulut/buah/air adalah digalakkan.

Untuk ceramah remaja pada hari Sabtu pula, pihak kami meminta sahabat sahabat membawa sedikit juadah (pot luck) untuk kita kongsi bersama dengan penceramah dan anak anak kita.

Tolong sebarkan email ini kepada sahabat sahabat kita yang lain yang mungkin tidak menerima email ini..

Sekian

Ismail
(bagi pihak Naqib)

malaysiaqatar
Admin

Number of posts : 53
Registration date : 2008-04-08

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha (30 & 31 May 2008)

Post by noble-man on 2008-05-28, 08:35

In the past, ceramah like this received very good response from Malaysians in Qatar. Ceramahs in the past were held at 3 different places, Doha, Al-Khor and Dukhan, in contradiction to this time where adult session for the ceramah will only be held once in Al-Bayyan on 30th May evening.

Just crossed my mind, judging from the popularity of "Ali Setan" and there's gonna be only one session for adults, we should anticipate overwhelming response to the ceramah this time.

The Al-Bayyan club house is not very big though. Has the Organiser taken into consideration all these factors should there be overflow of attendees on Friday evening ??

noble-man
Active Member
Active Member

Number of posts : 209
Registration date : 2008-04-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha (30 & 31 May 2008)

Post by Racing_Camel on 2008-05-31, 14:26

Kehadiran pada ceramah malam tadi memang seperti yang dijangkakan. Ramai yang hadir sehingga terpaksa berdiri. Sebenarnya Al-Bayyan clubhouse merupakan satu2nya dewan di Doha di mana kita boleh guna tanpa perlu membayar fee, sebab kita mempunyai Tok Ketua, Engku Mahusin, yang menetap di sana secara tetap. Kalau kita ingin menggunakan dewan lain, mungkin akan dikenakan bayaran atau perlu mengadakan kemudahan lain, seperti mengadakan kemudahan kerusi meja yang banyak sekiranya ingin menggunakan dewan di compound Al-Jawhara. Menggunakan kemudahan dewan di Al-Khor (Al-Waha clubhouse) pun boleh juga, tapi Rasgas menetapkan sekiranya kita ingin menggunakan kemudahan dewan tersebut, hadirin yang hadir perlulah majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di Rasgas, Qatargas dan duduk di Al-Khor. Ini adalah sesuatu yang kita sukar penuhi. Lagipun, sekiranya kita buat di Al-Khor, kawan2 kita di Mesaieed dan Dukhan mungkin sukar untuk menghadiri ceramah tersebut.

Kita mungkin boleh buat di perkarangan Embassy, tapi itu sudah dikira termasuk dalam sesuatu yang dikira official dan memerlukan kelulusan dan kebenaran dari pihak Embassy sendiri. Ceramah Haji Azmil ini adalah atas usaha individual. Lagipun, dalam cuaca panas seperti sekarang, mengadakan ceramah di kawasan terbuka adalah tidak sesuai.

This shall be applicable for all major ceramah in Qatar, maksudnya buat di Al-Bayyan, until such time whereby the government of Qatar can provide a public dewan in Doha that is free of charge/very minimal fee and can accommodate lots of audience.

Racing_Camel
Active Member
Active Member

Number of posts : 192
Location : Arabian Desert
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Fw : Ceramah oleh Haji Mohd Azmil Mustapha (30 & 31 May 2008)

Post by Sponsored content Today at 06:04


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum