Tun Mahathir keluar UMNO

View previous topic View next topic Go down

Tun Mahathir keluar UMNO

Post by eltax on 2008-05-19, 09:16

Tun Mahathir keluar UMNO
19/05/2008 2:02pm

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini hari ini. - Utusan

eltax
Active Member
Active Member

Number of posts : 117
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by DatukBendahara on 2008-05-19, 09:32

eltax wrote:Tun Mahathir keluar UMNO
19/05/2008 2:02pm

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini hari ini. - Utusan

My humble and simple conclusion..... Mahathir had done a good job raising Malaysia in the eyes of the world. However he failed to change many Malays mindset. The only thing that grew up in majority Malays thinking today is..... "How to make more money without doing anything". That's what we get to see Malay predicaments today. Ada yang kaki penipu, kene tipu pun ada (majority yang kene tangkap at oversea are orang Melayu), kaki pengampu, jadi along, jadi tonto, jadi tamak and so on so forth. With these kind of society growing within Malay, we can kiss "Ketuanan Melayu" good bye. Forget about politics. Look at within our own society first. Silap gaya orang Melayu dah dekat nak sama macam sub-continent or Afrikaan.

DatukBendahara
Active Member
Active Member

Number of posts : 124
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Berkenaan Ketuanan Melayu

Post by silver16v on 2008-05-19, 09:55

DatukBendahara wrote:

With these kind of society growing within Malay, we can kiss "Ketuanan Melayu" good bye. Forget about politics. Look at within our own society first. Silap gaya orang Melayu dah dekat nak sama macam sub-continent or Afrikaan.

Kelebihan orang melayu adalah nikmat Islam yang diberikan kepada kita. Lahir sebagai umat Islam. So hanya jika kita hidup berpandukan perintah dan aturan Allah SWT melalui Al-Quran dan Hadith, barulah kita akan menjadi Khalifah rather than 'ketuanan Melayu'. Islam itu saksama dan tiada diskriminasi, yang miskin dan kesusahan dipelihara, yang curang dihukum tak kira pangkat dan pertalian dgn pemerintah. Bila ilmu agama cukup dan perlaksanan hukum berteraskan hukum Allah, orang berilmu bukan saja takut balasan dunia tapi lebih takut balasan di akhirat. Baru lar terjamin hak orang Islam (Melayu etc.). Baru lar kita betul2 merdeka dari penjajahan minda dan ideologi barat (yahudi dan nasrani). Mudah2an kita dapat gerakkan kesedaran Islam dalam masyarakat kita. Ameen

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by eltax on 2008-05-21, 11:57

Mokhzani pula keluar Umno
May 21, 08 12:48pm

Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani, hari ini mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno, mengikut jejak langkah bapanya yang berbuat demikian dua hari lalu.

mokhzani mahathirMokhzani berkata beliau telah menghantar surat mengenai perkara itu ke pejabat Umno bahagian Merbok menerusi faksimili semalam.

"Saya membuat keputusuan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar," katanya dalam laporan Bernama.

Mokhzani, 47, bekas ketua Pemuda bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.

Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga ahli parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan segera "bagi menyelamatkan Umno".

Dua hari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau meninggalkan Umno kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan menyatakan akan kembali menyertai parti itu selepas Abdulllah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Di Sungai Petani, timbalan ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepimpinan Umno bahagian kerana beliau hanyalah seorang ahli biasa Umno dari cawangan Sungai Layar Hujung.

"Beliau tidak lagi aktif selepas tempoh jawatannya sebagai ketua Pemuda bahagian berakhir pada penggal lepas," katanya kepada agensi berita itu.

eltax
Active Member
Active Member

Number of posts : 117
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by gangster_mache on 2008-05-21, 19:09

kawe sokong Mahathir laaa......... kawe pun letak keahlian UMNO jgak...
Apapun Mahathir the best....


ELECTRICITY COMES FROM ELECTRON...MORALITY COMES FROM MORON

gangster_mache
Active Member
Active Member

Number of posts : 138
Registration date : 2008-04-06

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by Racing_Camel on 2008-05-22, 23:47

aku rasa tidak ramai yang akan mengikut jejak langkah Tun sebab masing2 nak jaga kedudukan dan pangkat. Semuanya pentingkan diri sendiri.

Racing_Camel
Active Member
Active Member

Number of posts : 192
Location : Arabian Desert
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by noble-man on 2008-05-25, 08:11

Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan........

noble-man
Active Member
Active Member

Number of posts : 209
Registration date : 2008-04-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by eltax on 2008-05-25, 09:56

Ramai orang yg berani cakap jer...

Tapi nak buat tak berani... "cakap tak serupa bikin"

eltax
Active Member
Active Member

Number of posts : 117
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by Rifdee on 2008-05-25, 11:15

Tun M is revered strategist & tactician. Kalau main 'Chess', kira dia pangkat 'Grand-Master' le. As in Chess, the impact of one's initial actions or inactions will only be revealed at a much later stage.

Mari kita tunggu dan lihat........

Rifdee
Active Member
Active Member

Number of posts : 221
Registration date : 2008-04-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Tun Mahathir keluar UMNO

Post by Sponsored content Today at 18:03


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum