Hati2 bila bagi anak kecil makan agar2. Budak 3 tahun mati tercekik agar-agar kat kedai ibu

View previous topic View next topic Go down

Hati2 bila bagi anak kecil makan agar2. Budak 3 tahun mati tercekik agar-agar kat kedai ibu

Post by silver16v on 2008-05-12, 07:01

Mati tercekik agar-agar

UTUSAN MALAYSIA
Oleh ADNAN MOHAMAD
SETIU 11 Mei - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik sejenis agar-agar di rumahnya di Kampung Seri Bangun, Sungai Tong dekat sini semalam.

Mangsa, Nor Akidah Yaacob meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Kecil Seri Langkap di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut bapa mangsa, Yaacob Jusoh, 37, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika mangsa bersama dua adiknya sedang makan agar-agar itu di rumah.

Dia yang bekerja sebagai petani berkata, semasa kejadian, hanya isterinya, Kamariah Na Ngah, 35, berada di rumah kerana dia pergi memancing ikan di sebuah sungai tidak jauh dari kampung itu.

"Saya bergegas pulang ke rumah kira-kira pukul 12 tengah hari selepas dimaklumkan oleh seorang jiran mengenai kejadian itu.

"Isteri saya, Kamariah memberitahu dia melihat anak keempat daripada lima beradik itu sesak nafas selepas memakan agar-agar itu," katanya ketika ditemui di Hospital Setiu (HS) di sini malam tadi.

Dia menambah, Nor Akidah segera dihantar ke pusat kesihatan tersebut namun meninggal dunia dalam perjalanan ke sana.

Nor Akidah tercekik makanan ringan itu kerana dipercayai plastik pembalut agar-agar itu tidak dibuang atau dikoyak sebelum dimakan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritenden Ghazali Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati kematian Nor Akidah maut selepas sesak nafas akibat tercekik.




KOSMO
Tercekik agar-agar - Budak 3 tahun mati di kedai ibu sendiri
Oleh MANIRAH OTHMAN



Kamariahna menunjukkan agar-agar yang
meragut nyawa anaknya di Kampung Seri
Bangun, Sungai Tong, Setiu semalam.

SETIU – “Saya tak sangka agar-agar 20 sen yang saya jual di kedai meragut nyawa anak saya sendiri.”

Begitulah rintihan seorang ibu, Kamariahna Ngah, 37, selepas anak perempuannya, Norakidah Yaakob, 3, maut akibat tercekik sebiji agar- agar di kedainya di Kampung Seri Bangun, Sungai Tong di sini.

Menceritakan kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi kelmarin itu, Kamariahna berkata, ketika itu beliau sedang berbual dengan adik ipar di kedai runcit miliknya.

Ujarnya, pada masa yang sama, adik mangsa, Nor Atikah yang berusia 10 bulan sedang bermain-main dengan sebiji agar-agar yang belum dibuka dari bekasnya.

Katanya, Norakidah yang baru selesai mandi dan memakai baju kurung telah menghampiri adiknya lalu mengambil agar-agar itu lalu membukanya.

“Saya sempat pesan supaya dia makan elok-elok, jangan makan semua sekali gus sebab takut tercekik,” katanya di rumahnya, di sini semalam.




dexa (CARI forum) wrote :

agar2 dalam bungkusan begitu pernah disuarakan dulu sebagai dangerous untuk budak2 bawah 3 tahun... in fact rasanya kalau
ada majlis keramaian such as hari jadi, patut dielakkan bagi agar2 dalam paket tu... memang tak sesuai langsung sebab terlalu besar
untuk budak2....

bukan saja agar2 tu terlalu besar, kandungan gulanya sendiri terlalu banyak untuk budak2.. tu yang budak2 suka nak makan bendo
tersebut -

kalau nak caj negligence - ibunya kat situ juga - tengok anak dia ambil makanan tu... cuma ibu sepatutnya ambil agar2 tu dari tangan budak
tu, and give it to her instead of let her eat it all by herself -

simpati dengan ibu tu.. tapi ni memang pengajaran - sebab macamana agar2 tu senang2 aje diambil oleh anak yang umur 10 bulan tu...
maknanya - tak ada keselamatan tentang barang yang child proof kat kedai tu.. satu yang patut ibu tu take a closer look.... supaya tak
berulang lagi -

silver16v
Active Member
Active Member

Number of posts : 360
Location : Doha
Registration date : 2008-04-01

View user profile http://www.malaysiaqatar.com

Back to top Go down

Re: Hati2 bila bagi anak kecil makan agar2. Budak 3 tahun mati tercekik agar-agar kat kedai ibu

Post by redhot7 on 2008-05-12, 16:41

Dah selalu dah dengar pasal ini especially jelly ni ler...itu yang kadang2 jarang bagi budak2 ni makan.

redhot7
Newbies
Newbies

Number of posts : 15
Registration date : 2008-04-01

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum